December 31, 2011

Disember Ini Punya Cerita

| December 31, 2011 | 3 budak kecik kasi surat layang..

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Hmm.. Dah berapa lama ek saya menyepi..? hehe
Hari ni dah sampai hari terakhir untuk tahun 2011 ni..
Dan konklusinya, ni adalah entri terakhir untuk tahun ni..
Jadi, nak tulis pasal apa ye..?

Bulan ni masa saya banyak habis kat EasyCafe je..
Ye la, sejak dah mula berkerjaya ni.. kekeke
Balik je kerja terus terlentang atas sofa..
Penat woo..
Cuti pun seminggu sekali.. (standard la kan..)

Bulan ni dompet kesayangan ni lemah tak bermaya je..
Ada la 2-3 ringgit kadang2.. sobs..
Tak sabarnya nak tggu dapat gaji malam esok..!

Dan minggu ni incik basikal kesayangan buat hal..
Haruslah time tak ada duit ni dia nak buat hal kan..
Tayar belakang pancit, pedal pulak patah..
Tak dapat hamba nak repair kerosakanmu wahai incik basikal, hamba tgh tak berduit ni..
Sob.. sob~~

Dan sorang lagi incik spec mata pun buat hal tetiba..
Tak pernah2 tangkai dia tercabut, tetiba tercabut pulak minggu ni.. wuwuwuwu~~
Nasib baik ada simpan contact lens sem lepas punya..
Elok je dalam kotak.. Boleh la nak pakai buat pergi kerja..

Bos~~ Nak gaji, nak repair basikal~~
Nak repair spec~~ Nak top-up kredit HP~~

Hajat di hati nak buat artwork, tapi x kesampaian la..
Hajat nak design kalendar tahun baru pun x kesampaian..
Dan hajat nak siapkan semua request secepat mungkin pun masih tak kesampaian..
Macam mana ni..? >.<"

Dan 17 Disember hari tu sempat menyinggah ke Comic Fiesta 2011 !
Jenuh gak ikat perut nak simpan rm35, cukup2 untuk pi sana.. rm10 tambang pergi, rm15 harga tiket, rm 10 lagi buat tambang balik.. Dah lama kot tunggu event ni ! Sanggup musafir jejauh semata-mata nak pi situ.. Setahun sekali je kan..

Puas jugak jalan2 merayau kat hall 5 KLCC tu, start dari pagi sampai la ke malam.. Jenuh kot nak keluar pi solat jap.. Nak keluar senang je sebenarnya, cuma nak masuk balik hall tu, ya Rabbi.. Tak apa la, bukan selalu kan..

Actually petang tu dah rasa nak balik dah..
Tapi mana boleh balik awal, rugi wo tiket rm 15 ! >.<"
Lagi2 malam tu pulak ada movie screening..
Jadi, baik kita manfaatkan seadanya event2 yg ada kat sini.. huhu

Malam tu jenuh jugak la nak balik rumah..
Ye la, dah malam kan..
KTM pun dah sunyi sepi je.. Last2 kena tido kat surau, sebab KTM kat Rawang dah berhenti operasi dia.. Pagi esoknya la baru bleh balik Tg Malim~~ Buat kesekian kalinya, tido kat surau awam camni, sorang2.. Memang la macam sadis, tapi pengalaman ni berharga tau ! ^^

Ada sesapa nampak saya kat Comic Fiesta tu..? hehe..
Malam tu ada jumpa incik Fakhri (http://genericmav.deviantart.com) & incik Hazman je.. Tu je la budak UIA & budak yg saya kenal, yang saya jumpa kat situ.. Tahun ni x dapat bawa balik apa2 souvenir dari sana, sbb x berduit.. Tahun depan harap2nya dapat la bawa balik, seketul dua, kan..
Ok la, cukup2 cerita pasal Comic Fiesta..

Dan semalam saya check Fb saya, ada mende merapu lak kat wall saya tu ! Ya Rabbi.. Natang apa ni..?! Tensen kot.. Mentang2 la diriku ini dah lama x online.. Macam mana nak hentikan mende2 gini ek..? Dah x tahan kot.. >.<"


Hmm.. Macam banyak merapu je entri kali ni.. Merapu sangat, kot.. Tak apa la, sekali sekala merapu.. (Ye ke sekali sekala..? >.<") Ok, ada idea baru & artwork baru nanti, saya update ea..! Insha-Allah.. Ilalliqa' , ma'assalamah.. Stay blessed..
Wassalam..

p/s : Cuti ni rasa macam x cuti je.. sob.. sob..

>> Nak baca lagi !

December 4, 2011

Jom Baca Komik Dakwah Online!

| December 4, 2011 | 3 budak kecik kasi surat layang..

Assalamu’alaikum warahmatullah ~

Salam Ahad, dan selamat bercuti di hujung minggu~
Walaupun kome tengah cuti, tapi saya keje hari ni.. uhuk3~

Ok, hari ni nak share satu benda..
Pernah tau tak pasal portal Komik Dakwah Online..?
Ha.. Portal ni merupakan satu laman yang dibina untuk mengumpulkan semua komik dakwah yang wujud kat muka bumi ni..
Eh, tak la semua kot, tapi, seberapa banyak yang boleh la, kebanyakannya kartunis Malaysia dan ada jugak kartunis foreigner sikit..


Dan Alhamdulillah, komik saya pun tersenarai dalam ni.. (suke3~ ^^)
Syukur sangat2..
Terharu pun ada kot.. >.<
Syukran jiddan akhi mfr a.k.a. encik admin !


Antara kartunis yang saya suka sangat artwork diorang :
Nayzak (also known as FullWhiteMoon) , Iekh1-p3 & yana nurel..
Artwork diorang ni memang terbaik !
Dan saya kenal diorang ni kat DeviantArt.com Nayzak/FullWhiteMoon tu foreigner.. Yang lagi 2 orang tu Malaysian..
Dan diorang berdua ni lagi muda daripada saya !
Actually ramai lagi yang hebat2, mungkin ada yang saya tak berapa ingat, tak perasan atau saya tak kenal lagi.. huhu..

Jadi, kalau kome tengah boring-boring ke, teringin nak nak membaca sesuatu yang menghiburkan tapi bermanfaat, sila-sila la berkunjung ke portal ni ea..
Klik je sini : Komik Dakwah Online
Banyak komik-komik yang boleh dibaca..
Dan yang bestnya, komik-komik ni Free je !
Tak payah beli kat kedai.. ^^

Kalau nak check Facebook kartunis-kartunis ni & ramai lagi, boleh try search kat friend saya, sebab sebahagian besarnya friend saya kat Facebook.
Saya dah listkan diorang ni dalam label ‘Comic Artist’.
Tapi tak la ramai sangat..
Saya pun tak berapa ingat berapa orang.. Kalau tak jumpa, search la sendiri ea.. ;p

Moga bermanfaat ye..
Ok, tu je kot..
da masa jenguk la blog ni lagi ek.. ;p
Ilalliqa’ , ma’asalamah.. Wassalam. Stay blessed.

p/s : Teringin nak hasilkan komik yang betul-betul berkualiti tinggi…

>> Nak baca lagi !

December 2, 2011

1st Day at Easy Cafe

| December 2, 2011 | 5 budak kecik kasi surat layang..

Assalamu’alaikum warahmatullah~

Ok, hari ni tak ada entri ilmiah ea..
Belum ada idea lagi.. hehe..
Jadi, hari ni nak merepek-repek la sikit..

Alhamdulillah, sekarang ni hidup saya makin stabil rasanya.. kot..
Kelmarin interview kerja & Alhamdulillah, dapat jugak & semalam 1st day kerja..
Kerja apa.. Aha, macam biasa la, macam hari tu & dulu-dulu jugak.. (tak la dulu sangat)
Kerja waiter kafe je.. Profession yang rasa-rasanya dah agak pandai la, kot.. ;p

Tapi still kena belajar banyak benda lagi la kan.. Banyak sangat..
Macam ada orang kata, makin kita belajar, makin kita tak tahu..
Senang cerita, ilmu ni tak pernah cukup untuk kita..
Walau setinggi mana pun kita belajar, setinggi mana ijazah kita, tak akan pernah perfect ilmu yang kita ada..
(wah3, ilmiah jugak entri ni.. ;p)

Dan 1st day kerja semalam, diorang bagi kerja simple-simple je dulu..
Bagi menu kat customer yang datang, kemas balik meja, hantar makanan ke meja customer, sapu sampah, cuci toilet bagai~
Ada la ambil order sikit-sikit, tapi kat sini cara nak ambil order tu ada cara-cara & step-step dia..
Tak macam restoran Melayu / mamak biasa..
Lepas ambil order daripada customer kena key-in dalam computer, info dia akan dihantar ke dapur, ala, macam KFC / McD gitu..

Lepas tu kita kena siapkan set sudu-garpu-pisau-tisu kat meja customer..
Kena la pandai pilih kalau menu ni nak guna pisau apa, sudu apa..
Dah la menu dia ada sangat-bermacam-macam jenis..
Nasi yang bermacam macam, spagetti yang bermacam macam, stik yang bermacam macam, salad yang bermacam macam, dll…
Air minum lagi, juice, shake, ice-blended, tea & coffees, dll…
So, belajar la perlahan-lahan..

Dan teringat satu quote yang saya rasa sangat-sangat bermakna..
“Act dumb, you’ll learn more,”
(sape tau quote ni daripada mana..? hehe..)
Dan semalam saya praktikkan, kekeke..
Tapi tak la act dumb sangat, maknanya bila ada benda yang kita nak tahu, kita tanya la kan..
Jadi, memang banyak la ilmu yang kita akan dapat balik..
Thanks Hlovate for the quote ! ^^
Boleh check kat novel Contengan Jalanan..

Overall, kerja kat kafe kali ni agak best jugak la..
Bukan apa, yang penting pekerja-pekerja dia la..
Kalau diorang best, sporting, so kita pun rasa best & selesa..
Satu lagi, dia punya flow kerja kat sini memang kemas & efisyen..
Tu yang saya kagum bila mula-mula masuk sini..
Hatta tudung chilli sauce tu pun kena lap elok2 tau..
Bersih, jangan ada tercalit sos sikit pun..
Bos kat sini pun ok..
Walaupun beliau tu Cina, tapi memang saya respek la cara diorang semua kerja, cara bos manage kedai dia..

Dan jangan risau, semua makanan kat sini memang halal..
Tukang masak dia pun Melayu..
Dah la nama dia Hafiz, nak dekat sama lak nama kita.. ;p
Kalau kitorang nak solat pun, boleh solat kat tingkat atas.

Apa lagi nak cerita ek..
Emm.. Sini ada wifi, so, nak online, boleh la datang bawa laptop..
Tapi pekerja macam kitorang tak boleh la kan.. ;p
Harga makanan dia pulak standard harga kafe la..
Kalau bagi orang-orang macam saya ni, memang tak murah la kan..
Tapi berbaloi rasanya, dengan makanan dia yang memang sedap..

Jadi, apa lagi, meh la singgah Easy Café Tanjung Malim ! kekeke.. ;p
Tu pun kalau kome rajin la nak datang sini kan..


“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya saja kamu menyembah. ”
Surah An-Nahl, 16 : 114

Dari 2.30pm keje, 12.00am baru balik..
Balik je café malam tadi, terus terpungkang atas sofa.
Zzzzz..
Walaupun hidup dah macam stabil, tapi sekarang ni still x dapat online dengan lama.
Limit setengah jam je sehari. Hari-hari tertentu.
Duit puna ada berapa hengget je ni.. Gaji pulak awal bulan depan baru dapat.. wuwuwuwu~~
Tengok la bila dapat gaji nanti..
Mula-mula bayar yuran masuk UIA, lepas tu nak ambil balik laptop kat kedai, lepas tu nak beli modem berukben! Sim utk internet dah ada dah.. Harap-harap dapat la buat semua ni.. Amiin~~

Ok, tu je kot setakat ni..
Nanti ada masa kita jumpa lagi.. ^^
Ilalliqa’ , ma’assalamah..
Wassalam.
Stay blessed.


>> Nak baca lagi !

December 1, 2011

| ARTIKEL | Chat : Iman & Amin - Prioriti Cinta Pelajar

| December 1, 2011 | 5 budak kecik kasi surat layang..

Chat : Iman & Amin - Prioriti Cinta Pelajar
by Alfi Ramadhani


Amin , Status : Grr.. Lelaki tak guna ! D:&lt;

Iman : BUZZ!
Iman : Assalamu’alaikum.
Amin : Wa’alaikumussalam warahmatullah. Ha, kak, duduk la.
Iman : Akak bukannya ada kat sebelah kamu. =.="
Amin : Duduk je la kat situ. Tak semestinya kat sebelah Amin. Hehe..
Iman : Memang tengah duduk pun. Tak ada kerja nak menghadap laptop sambil berdiri. =.="
Amin : Kekeke.. XD
Iman : Apa yang tak guna?
Amin : “Apa yang tak guna” ?
Iman : La, Amin yang tulis kat status Amin tu. Apa yang tak guna?
Amin : Oh. Ni, Amin terbaca berita ni ; ‘Derita Isteri Didera Suami’.
Iman : Oh, ok. Jadi?
Amin : Jadi apa?
Iman : Jadi, apa yang tak guna?
Amin : Aduh akak ni. Lelaki ni la. Amin tak puas hati betul la. Ada ke dah elok-elok ada isteri yang baik macam ni, dideranya teruk-teruk pulak. Motif? Sakit mental ke apa? =.=”
Iman : Jangan bencikan orangnya. Bencikan akhlaknya.
Amin : Yes, of course Amin bencikan sikap dia yang mendera isteri dia tu. Tapi, dia tetap bersalah kan..
Iman : Dia bersalah sebab sikap dia. Tapi manusia boleh berubah kan.. Bila sikap jahat tu dah hilang, patut ke kita benci dia lagi?
Amin : Emm…
Iman : Fikir dalam-dalam.
Amin : Tak patut, kot. Tapi, Amin bukannya kenal lelaki ni pun.
Iman : Yup. Tak kisah la kenal ke tak, dia tetap manusia kan.. Sebab tu, kita patut bencikan sikap dia, supaya kita tak mencontohi sikap dia yang buruk tu.
Iman : Kalau orang tu dah ada sikap yang baik, kita memang tak patut bencikan dia. Muslim yang baik itu sentiasa berkasih sayang sesama mereka, kan? ^_^
Amin : Good point you have there.
Iman : Of course, I’m your sis ! Kekeke.. ;p
Amin : Ye la tu. Amin bukannya apa kak…
Iman : “Bukannya apa” ?
Amin : Amin sebenarnya tension + jealous dengan lelaki tu.
Iman : Reason?
Amin : Ye la. Dah elok-elok ada isteri, dibuat macam gitu pulak. Orang lain yang bujang ni punya la mengidam nak berkahwin. Kalau Amin ada isteri nanti, Amin janji Amin tak akan buat benda bodoh macam tu!
Iman : ..... Good.
Amin : So, that’s why I’m jealous with him.
Iman : Amin.
Amin : Ye?
Iman : Umur Amin berapa?
Amin : Age is not a matter, my dear sis...
Iman : Yes, I know. Just asking.
Amin : Macam la akak tak tau. 20 la.
Iman : Umur akak?
Amin : Umur sendiri pun tanya orang ke?
Iman : Jawab je.
Amin : 22, right?
Iman : Are you sure? XD
Amin : Err.. Jap, nak kira. Ta – ta – ta. Oh, yes, confirm! 22!
Iman : Hehe.. Saja tanya. Tak ada kaitan pun.
Amin : Hmmph?! =.=”
Iman : Kekeke.. Ok, back to our topic.
Amin : Ok. Sebenarnya, Amin…
Iman : Angau?
Amin : Lebih kurang macam tu la.
Iman : Couple?
Amin : Mana ada ! Of course I’m not!
Iman : Ok, Alhamdulillah. Jadi?
Amin : I like a girl.
Iman : You like her. How about her?
Amin : I don’t know.
Iman : Ok, nanti akak tanya dia. Lepas tu Amin nikah la dengan dia.
Amin : What?! You know I’m just 20!
Iman : So what? Tak ada masalah kalau dah mampu, yakin & bersedia.
Amin : You know I'm not ready yet.
Iman : Ok, don't worry. You have another option.
Amin : Apa dia?
Iman : Kalau dah tak bersedia, kena la buat persediaan.
Amin : Mesti makan masa yang lama kan.
Iman : It depends on you.
Amin : Kak..
Iman : Ye.
Amin : Amin rindukan dia. Rindu sangat-sangat. Kalau la Amin boleh nikah dengan dia sekarang, sekarang jugak Amin nak nikah dengan dia.
Iman : Lorh.. Tadi Amin yang cakap, Amin baru umur 20 la, tak bersedia zahir & batin la.
Amin : That's the problem. Eh, 'zahir & batin' tu akak yang saja tambah-tambah, ok.
Iman : Hehe.. Just kidding~ Ok, Amin rindu dia?
Amin : Yup. But...
Iman : But what?
Amin : I hate that feeling.
Iman : Reason?
Amin : Cinta macam ni melalaikan, kan?
Iman : Mat jiwang.
Amin : Akak !
Iman : Ok, kita masuk mood serious & fasa penyelesaian masalah.
Amin : That's what I'm waiting for.
Iman : Ye ke. Ingatkan nak luahkan perasaan je tadi. ;p
Amin : =.="
Iman : OK, satu benda yang akak suka, Amin sedar yang melayan perasaan macam ni membawa kelalaian. Tapi, apa yang akak tak suka, Amin bencikannya.
Amin : Eh?
Iman : Siapa yang berkuasa menghadirkan perasaan cinta ni?
Amin : Aa.. Allah.
Iman : Yup. Jadi?
Amin : We shouldn't hate this feeling.
Iman : Should not & must not. Apa yang kita patut buat bukannya membenci perasaan tu, tapi mengawalnya.
Amin : Macam mana nak kawal, kak? Susah..
Iman : Setiap kesusahan tu ujian. Hatta, kesenangan pun ujian. Nak buat benda baik memang la susah sikit, kan..
Amin : Erk. Betul.
Iman : Jangan risau. Lagi besar ujian, lagi besar pahalanya. Yang penting kena sabar. Perasaan tu bukannya tak boleh dikawal, cuma kita je yang selalu melayan perasaan tu. Ikut sangat dorongan nafsu.
Amin : Jadi, nak buat macam mana?
Iman : My dear brother, pada pandangan akak la, pertama-tamanya kita kena ubah cara minda kita berfikir.
Amin : How?
Iman : Jangan bagi diri kita asyik berfikir tentang si dia je. Otak kita ni mampu melakukan perkara-perkara yang jauh lebih hebat daripada tu. Jangan disebabkan cinta tak nyata ni, seluruh minda kita dikuasainya, sampai dah tak dapat nak fikir benda lain.
Amin : Ok.
Iman : Cuba fikir, banyak lagi benda lain yang perlu kita fikirkan selain daripada cinta yang tak pasti tu. Mula-mula sekali, ingat yang kita ni hidup di muka bumi ni untuk mengabdikan diri kita kepada Allah. Apa-apa yang kita buat, semuanya kita sandarkan atas niat untuk beribadah kepada Allah.
Amin : Betul.
Iman : Itu kunci utamanya. Lepas tu, Amin sendiri boleh fikir kan, apa yang perlu kita lakukan, apa tugas kita, prioriti kita sebagai hamba Allah, khalifah di muka bumi, anak kepada kedua orang tua kita, penuntut ilmu, saudara kepada sahabat-sahabat Muslimin kita di Palestin sana & banyak lagi. Tengok, banyak lagi kan tugas kita yang lebih penting? Semua tu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Akak rasa Amin boleh fikir sendiri. Tak payah akak explain panjang-panjang kot.
Amin : Hmm... Maybe.
Iman : Akal kita ni hebat, dik. Jangan bazirkannya macam tu je. Manusia rugi sebab tak manfaatkan akal tu sebaiknya. :)
Amin : Nice words. Tu la kan. BIla manusia dah utamakan nafsu, akal tu dah pergi entah ke mana.
Iman : Pelik kan. Akal yang power macam tu pun boleh kalah dengan nafsu. Bukannya tak tau yang mana betul, yang mana salah.
Amin : Senang dilafaz, sukar dilaksana.
Iman : Right.
Amin : Tapi akak tak sentuh pun pasal cintakan Allah. Bukan ke itu yang paling utama?
Iman : Macam yang Amin kata tadi, senang dilafaz, sukar dilaksana. Cinta Allah itu anugerah teragung buat hamba-Nya yang suci jiwanya, mantap peribadinya.
Amin : Layak ke kita untuk dapat anugerah tu? T__T
Iman : Layak atau tak, itu urusan Allah. Yang penting, kita kena berusaha untuk dapatkannya. Selalu bertaubat kepada-Nya, mohon ampun setiap masa, selalu mengingati-Nya, taat perintah-Nya, jauhi larangan-Nya & akhir sekali, istiqamah dalam mengamalkan semua ni. :)
Amin : Senang dilafaz, sukar dilaksana.
Iman : Allah menilai usaha kita, bukan hasilnya.
Amin : Yup.
Iman : Teringat kisah cinta serikandi Islam, Rabi'atul Adawiyah.
Iman : Cinta yang satu. Seluruh jiwa, hanya buat Allah semata-mata. Hatta tiada ruang buat cinta manusia. Cinta beliau sangat agung.
Amin : Tapi cintanya melawan fitrah.
Iman : Tak. Cinta beliau unik. Mungkin hanya sesuai buat seorang insan bernama Rabi'atul Adawiyah semata-mata.
Amin : Maknanya kita tak boleh tiru cinta sebegitu?
Iman : Kalau nak tiru sekalipun, mampu ke? Cukup sekiranya kisah cinta Rabi'atul Adawiyah itu dijadikan teladan, pedoman & pengajaran. Untuk dijadikan ikutan, manusia biasa tak mampu rasanya. Ikut la apa yang memenuhi fitrah kita. Islam itu kan mudah, dan melengkapkan fitrah? :)
Amin : Betul.
Iman : Jadi, apa maknanya cintakan 'dia' kalau semua tugas-tugas kita tadi tak terlaksana? :)
Amin : Tapi, alangkah lebih indah andai dapat meraih cinta-Nya bersama si dia?
Iman : Ya, kalau mampu menyunting dirinya, silakan. Tafaddhal masykura.
Amin : Erk, belum. T__T Lagipun, dia tu baik kak. Baik sangat. Rasa macam diri ni tak layak je. Bukan ke perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. T__T
Iman : Dah tau dia baik, jadi, usaha la untuk jadi baik macam dia! :D
Amin : Insha-Allah. Guide me, sis? Please~~
Iman : Insha-Allah. I'll try my best. But, if you want a better result, you are the one who should guide me, coz you're the one who'll be the leader, the imam. :)
Amin : I'll try my best too.
Iman : Jangan fikirkan sangat, ok. Apa-apa pun, semuanya bergantung pada takdir Allah. Semuanya dah ditakdirkan Allah. Nak risau apa? Cuma masanya je mungkin belum tiba. Buat masa ni kita sediakan diri kita untuk jadi Muslim yang baik dulu. Bila dah rasa cukup bersedia nanti, masa tu, terpulang pada kita apa tindakan kita seterusnya.
Amin : Ok. Syukran jiddan ya ukhti~~ ^_^
Iman : My pleasure. It's my responsibility to help my dear brother. Harap-harap apa yang kita sembang tadi berguna la ye. :)
Iman : Ingat, pentingkan perkara yang terpenting sebelum perkara yang penting kerana perkara yang terpenting itu lebih penting daripada perkara yang penting. ^^
Amin : Oh, ok. Btw, akak cakap pasal orang ni, akak tu bila pulak? Hehe..
Iman : Kan akak dah kata, pentingkan perkara yang terpenting dulu. Ada jodoh nanti, ada la. Ok, discussion kita pun dah tamat dengan jayanya kan. Akak ada kerja lain ni. Ilalliqa', ma'assalamah.
Amin : Ok-ok. Assalamu'alaikum.:)
Iman : Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Iman has signed out.


>> Nak baca lagi !

November 30, 2011

| KOMIK | Jom Mula Berjilbab !

| November 30, 2011 | 10 budak kecik kasi surat layang..

Assalamu’alaikum warahmatullah..

Seperti yang dijanjikan hari tu (SINI & SINI ), ni dia komik 1 page tu..
Maaf atas keterlambatan..
Petang kelmarin bumi Tanjung Malim dilimpahi hujan rahmat..
Semalam pun.. Dan hari ni pun mungkin jugak..
Awal Muharam la katakan.. ^^
So, x dapat la kan nak berjimba-jimba kat luar rumah.. erk.
Cuma Allah je yang tahu segala ujian & halangan yang menimpa diri ini sebelum entri ni berjaya juga dipublish akhirnya.. huhu~

Lukisan yang sangat simple..
Saya pun baru belajar-belajar nak buat shading tu..
(banyak yang salah kot.. >.<”)
Background & mood tu pun sama..
Gitu-gitu je la.. ;p
Tapi, apa-apa pun, moga ada manfaatnya..

Read & think..
Ini sekadar pendapat peribadi saya je..
Mungkin betul, mungkin juga tak betul..
Kalau ada komen, tinggalkan kat bawah ni ye..





(Open in new tab & zoom untuk paparan yang lebih besar..)


Ha.. Kot kalau ada yang nak buat tempahan, send e-mel dulu ye..
Kalau saya sempat check, saya check..
Kalau saya tak reply lagi, maknanya saya belum baca lagi la tu.. Ok..? ^^

Tadi saya baru je habis interview kerja !
Lepas ni kerja cafe lagi buat kesekian kalinya ~ hoho

Ok, that’s all for now.. And thanks for reading !
Ilalliqa’ , ma’assalamah..
Stay blessed.. :)

Tudung / jilbab / hijab tu dapat melindungi diri wanita dalam banyak aspek, bukan setakat aurat semata-mata, kan..?

>> Nak baca lagi !

November 26, 2011

| DESIGN | E-Cards Ma’al Hijrah

| November 26, 2011 | 5 budak kecik kasi surat layang..

Assalamu’alaikum warahmatullah..
Salam mahabbah, salam ceria !
Seperti yang dijanjikan semalam, (ni entry dia) hari ni saya akan publish e-card sempena Tahun Baru HIjrah esok !
Ok, ni la dia !













3 design je, tak apa la kan..?
Kalau buat banyak-banyak sangat pun, bukan nak guna semua pun kan..? hehe.. ;p
Kalau nak share, dipersilakan sangat-sangat..
Kalau nak letak kat blog ke, forum site ke, copy & paste je code kat atas tu..
Saya setkan lebar (width) gambar tu 450px.
Kalau nak kecikkan ke, besarkan ke, edit je la nombor dia tu ek..
Moga ada manfaatnya, insha-Allah..

Ha, jangan lupa, insha-Allah esok akan ada komik pulak !
Pagi tadi saya baru buat basic colour..
Actually kalau nak publish sekarang, boleh je..
Tapi saya ingat nak touch-up lagi sikit2..
Buat shading, bagai~
Kalau tak ada aral melintang, insha-Allah, esok saya akan publish yang dah complete..
Harap-harap semuanya berjalan lancar, amiin…
Doa-doakan la ye..

Sebelum menutup kalam, saya nak ucap terima kasih sangat-sangat buat semua yang menyokong alwanPelangi.com selama ni. Sahabat-sahabat, blogger-blogger yang sudi follow blog ni, silent readers & semuanya !
Tanpa korang semua, apa la yang ada pada alwanPelangi.com ni , kan..? : )

Ha, petang ni jangan lupa baca doa akhir tahun & doa awal tahun tau !

Ok, tu je untuk kali ni..
Salam mahabbah, salam Ma’al Hijrah !
Stay blessed. : )

Perubahan itu bermula dengan satu percubaan.

>> Nak baca lagi !

November 25, 2011

Terbaru di alwanPelangi.com !

| November 25, 2011 | 6 budak kecik kasi surat layang..


Assalamu’alaikum warahmatullah.
Alhamdulillah, terupdate lagi blog ni akhirnya.. hehe..
Kejap hilang, kejap ada balik.. Hilang, ada balik.,
Macam tu la..
Nak buat macam mana, internet connection bukannya sentiasa ada..
Idea & mood nak update blog pun muncul kadang-kadang je..
Jadi, gitu la..

1) Ok, macam mana hari ni boleh muncul mood nak update blog pulak..?
Ha, macam yang korang nampak kat atas tu, ada satu perubahan baru kan..
Macam mana, ok tak..?
Ye la.. Sempena Tahun Baru 1433 Hijrah Ahad nanti..
Azam & semangat pun kena la baru !
Setelah sekian lama menggunakan header yang kosong & bosan dulu, rasanya dah sampai masa untuk letak header yang baru & lebih menarik lagi.. Hoho
Profile Pic Facebook & Twitter pun dah baru..:)


2) Actually, bukan tu je perubahan baru yang ada di alwanPelangi.com ni..
Ada lagi..
Setelah sekian lamanya saya tak buka order untuk design request, kali ni saya ingat nak buka balik.. Tapi, servis dia limited je..
Saya cuma buka tempahan untuk design yang simple-simple je..
Contohnya, macam header kat atas tu ke..
Dan jugak untuk tempahan artwork, character design & digital painting je..
Siapa-siapa yang nak, boleh klik kat button Tempahan Design atas tu ye..
(kalau ada yang nak la.. ;p)

Insha-Allah, lepas ni proses design tu tak akan ambil masa berabad macam yang sebelum-sebelum ni..
Lepas je saya dapat order tu kat e-mel saya, insha-Allah saya akan usahakan secepat mungkin..
Nak tau saya dah dapat e-mel tu ke belum, saya akan reply e-mel tu yang korang hantar tu ye..
Lagipun sekarang ni saya cuti, rasanya tak ada masalah untuk siapkan cepat-cepat.
Bagi customer-customer sebelum ni, saya minta maaf sangat-sangat ye atas apa yang dah berlaku.. Maaf sangat-sangat~~

Untuk design blog, buat masa ni saya tak dapat nak buat lagi sebab kat rumah saya tak ada internet connection..
Dan kalau boleh, saya dah tak nak buat dah sebenarnya.. >.<” Saya rasa ability saya more on drawing & digital painting je.. Nak design blog / web ni perlukan banyak kemahiran lagi.. Dan saya memang tak cukup lagi kemahiran tu.. Tapi, untuk sesiapa yang saya masih ada hutang dengan saya, saya akan buat jugak.. Tapi nanti la ye.. Sekarang tak boleh.. Maaf sangat-sangat.. Saya memang tak dapat nak buat sekarang ni.. Melainkan kalau ada siapa-siapa yang baik hati nak sedekahkan / belikan broadband modem & subscribe monthly internet connection untuk saya.. Heh.. ;p

C.C. kat Tanjung Malim ni pun jauh sangat dengan rumah saya.. Kena naik bas kalau tak nak penat jalan kaki.. (5 km tu~~) Tapi selalunya saya memang jalan kaki je.. (sebab tak cukup duit nak bayar duit tambang bas.. >.<”)

Tu pasal saya cuma online lepas solat Jumaat je, sebab masjidnya kat pekan.. Kat pekan tu la ada C.C. , kedai, bagai~~ Kat area rumah saya ni tak ada apa sangat pun.. Ada rumah, jalan raya, pokok & tiang karen je.. Erk. Bila online kat C.C. pun, kejap-kejap je... Lepas ni pun saya tak pasti bila saya dapat online lagi.. Dalam poket ni tinggal berapa sen je ni.. kekeke..

Aha, hari tu saya ada bagitau yang laptop saya dah tak ada. Tapi macam mana saya boleh buat kerja-kerja design ni..? Ha.. Macam ni.. Sebenarnya laptop saya memang tak ada dengan saya lagi ni.. Hantar kedai.. Mungkin dalam bulan 1 tahun depan baru dapat balik.. Tak pun mungkin lambat lagi.. Wallahu a’lam.. Sekarang ni saya pinjam netbook kecik adik saya je.. Boleh la guna sikit2 untuk lukis2 ni.. Lagipun, sekarang ni beliau tengah SPM.. Jadi, saya guna la kejap.. Tapi, minggu depan SPM beliau habis~~~ Aiyoo~~~ :O

3) Ok, selain daripada tu, akan ada banyak lagi benda baru kat dalam blog ni..
Insha-Allah, esok atau lusa, saya nak bagi freebies untuk semua ! Saya akan post beberapa E-Card yang saya dah design sempena Tahun Baru 1433 Hijrah ni ! (actually guna design yang lebih kurang sama macam header tu je.. ;p) Tapi ada jugak design E-Card yang guna karakter yang tak ada dalam header tu tau.. Tengok la esok, tak pun lusa nanti ye, insha-Allah.. Dah publish nanti, boleh la korang sebar-sebarkan untuk wish selamat tahun barui & salam Ma’al Hjrah kat kawan-kawan.. ^^


4) Apa yang baru lagi..? Ha... Malam tadi saya dah siap sketching & inking outline untuk satu komik baru sempena Ma’al Hijrah ni ! Tinggal nak scan & kaler kat komputer je.. Satu page je.. Tak apa la kan.. Asalkan ada benda baru... :D Insha-Allah, saya akan cuba publish Ahad ni. Kalau tak dapat Ahad ni, mungkin esok, mungkin Isnin nanti, mungkin…

5) Dan.. Ada satu artikel baru yang saya dah siapkan… Cuma tinggal nak publish je.. Bila nak publish..? Hmm.. Insha-Allah, dalam minggu depan jugak kot.. ^^ Tengok keadaan jugak la.. Kalau saya dapat online, ada la.. Kalau tak, nanti-nanti la tu.. ;p Ok, tu je kot untuk kali ni.. Ada idea & mood lagi nanti, ada la update baru.. ^^

Sebelum tu, saya baru dapat berita seorang kawan sekelas saya kat UIA PJ dulu baru je meninggal dunia.. Allahyarham Kamalhadi Rosli.. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un~ Di kesempatan ini, mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau ye.. Al-Fatihah..

Hari ni hari Jumaat kan..
Jangan lupa baca surah Al-Kahfi.. ^^

Ok, ilalliqa’ , ma’assalamah.. Salam mahabbah, salam Ma’al HIjrah, salam perubahan.. Bersama kita jadi manusia yang lebih baik sempena tahun baru Hijri ni.. Stay blessed.. :D

Hidup yang sekejap ni cuma untuk kita kumpul bekal ke sana je kan..

>> Nak baca lagi !

November 11, 2011

Special Entry - Saat Kini

| November 11, 2011 | 8 budak kecik kasi surat layang..

Hidup ini penuh seni, kan..?

Assalamu’alaikum semua !
Salam kasih & rindu buat semua yang sudi singgah-menyinggah di teratak usang hamba ini.. :)

Kalau perasan, dah lama jugak kan saya x update entri kat sini...
Hmm.. Memang selalu pun macam tu..
Tapi, entah kenapa hari ni boleh ada pulak entri baru kat blog ni.. heh..
Mungkin, sebab hari ni hari special kot.. Ye la, 11/11/11.. Special la kot~~

Entri kali ni masih merapu-rapu & tak ilmiah..
Tulis ikut apa yang ada kat kepala ni je..
Luahan rasa, mungkin..?

Pertama-tamanya,
Maaf,
Buat kesekian kalinya,
Entah kali ke berapa,
Buat insan-insan yang saya bersalah padanya,
Yang rasa-rasa ada janji saya padanya yang belum terlaksana,

Dan terima kasih,
Kerana sanggup bersabar dengan saya,
Dengan masalah saya,
Yang sampai sekarang buat saya serabut kepala,

Masalah.
Biasa la, ini lumrah.
Ini namanya hidup.
Tak ada manusia yang sentiasa hidup tenang tanpa masalah, kan..?

Huh.. Rasa useless gile kot.
Tak dapat nak buat apa-apa untuk settlekan masalah sendiri.
Dan sebab tak dapat nak buat apa-apa tu, saya seperti menghilang diri..
Seperti melarikan diri.. dari masalah yang saya rasa tak mampu..

Teruk kan..?

Tapi..

La yukallifullahu nafsan illa wus’aha…..”
= Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dilakukan) olehnya…..
(Al-Baqarah, 2 : 286)

Sampai bila nak terus macam ni..?

…….

Tak dapat nak jawab soalan tu.

Teruk kan..?

Ok, apa sebenarnya yang dah jadi sekarang..?

Hmm….

Kalau nak diikutkan, macam-macam benda yang dah jadi.
Tapi..
Perlu ke dikhabarkan semua kelemahan diri pada semua orang..?
Huh…

Ok, Rasanya cukup sampai sini..

Dan lepas ni, akan menyambung hibernasi… Yang lama lagi~~~

Err… Apa yang aku nak tulis sebenarnya ni…? =.=”

……..

Diam sejenak…

Tiba-tiba aku rasa yang selama ni aku cuma pura-pura happy..
Dah lama rupanya.. Aku pura-pura happy.. Lama sangat..
Ye ke..?
Happy.. yang pura-pura..
Jadi, semua senyum-senyum tu pura-pura..?
Tak ikhlas..?

Tapi aku memang suka senyum pun..

………

Entah~~~~~

Ok, yang penting, sekarang ni aku tgh cuti..
Walaupun aku tak rasa macam aku tengah cuti.. =.=”
Dan, 31st January nanti dah boleh masuk main campus ! UIA Gombak !!!
Alhamdulillah, lepas 2 tahun setengah menanti kat CFS yang ada banyak onak & duri..

Lepas ni pun masih ada banyak onak & duri~~
Banyak lagi cabaran yang menanti..
Jadi, apa yang aku nak buat lepas ni..?

……

Ok la.. Farewell..

Sebelum terlupa, terima kasih sangat2 buat semua insan2 yang menyokong diri ini..
Dari dulu, hingga kini..
Yang buat aku ceria, aku happy, pada waktu-waktu aku rasa down gile..
Buat korang yang gila2, buat antum yang baik2 belaka..
Korang semua inspirasi untuk aku tak terus rebah kat sini..
Aku sayang korang..
Dan kalau boleh, aku sayang korang semua lebih daripada diri aku sendiri.. Amiin~~

Aku dedikasikan lagu yang baru aku letak kat blog ni, untuk diri aku sendiri..
Mestica – Segalanya Milik-Mu
Setelah sekian lamanya tak ada lagu dalam blog ni~~
Kalau korang tak nak dengar, boleh pause/stop kan player kat tepi ni.. heh..
Tapi lagu ni sedap, inspiring..
Rugi tak dengar.. :)

Saya tak dapat nak online sgt tau..
Seminggu sekali, mungkin..
Cuma ½ jam, lepas solat Jumaat..
Laptop pun dah tak ada dah..
Handphone pun rosak sikit..
Bnyak contact dulu2 dah hilang~~ (wuwuwu~~)
x boleh nak call orang & jawab call sesapa.. rosak speaker depan kot..
nak jawab sms pun amek masa sikit nak taipnya, kena tekan kuat2 keypadnya.. hehe..

Tapi syukur la kan, kita masih diberi peluang & harapan, kat bumi yang luas ni…
Sampai masa nanti.. Semua ni akan tamat tanpa diduga..

Ilalliqa’ , ma’assalamah... :)

Hidup ini penuh seni, kan..?


>> Nak baca lagi !

August 28, 2011

TLC Promise Me – For the Children of Rumah Aman

| August 28, 2011 | 3 budak kecik kasi surat layang..


Assalamu'alaikum warahmatullah..

Kali ni nak share satu kempen kebajikan yang saya rasa sangat2 patut untuk dikongsi dengan semua orang, sempena TLC (True Loving Community) Campaign..



Di dalam bulan Ramadhan yang sedang kita lalui kini, dan juga menjelang Aidilfitri yang kian hampir ni, sangat2 la bagus seandainya kita sama2 dapat menyumbang sedikit rezeki yang kita miliki buat insan-insan lain, yang mana tak semua orang bertuah seperti kita..



Rumah Aman, antara salah sebuah rumah anak yatim yang menempatkan 30 kanak-kanak lelaki dan terdiri pelbagai usia. Mereka merupakan kanak-kanak miskin yang menjadi yatim piatu atau datang daripada keluarga yang memerlukan.. Terletak di Shah Alam dan mula beroperasi pada tahun 2005. Di sanalah hidup mereka.



Misi Rumah Aman adalah untuk memberikan yang terbaik kepada kanak-kanak, sepertimana pemberian ibu bapa lain untuk anak-anak mereka..



Ini adalah sebahafian dari usaha kita.. Mungkin tak semua orang mampu menyumbangkan harta benda, namun cara lain yang kita mampu lakukan adalah mempromosikannya..





Copy la badge di atas.. Lepas tu share banyak2..
Moga ada faedahnya.. ^^

Stay blessed, in this great month, till forever..

Wassalam.. ;)


>> Nak baca lagi !

 
Copyright © 2011 alwanPelangi.com | Powered by Blogger.com | Template by o-om.com - zoomtemplate.com | Back to Top